RISIKO MATAWANG KERTAS (#2)

KEJATUHAN RINGGIT MALAYSIA

  • Semasa Krisis Kewangan Asia berlaku pada awal tahun 1998, nilai Ringgit Malaysia telah jatuh lebih 50% dalam tempoh yang singkat.
  • Kesan dari kadar tukaran matawang asing yang lemah, harga barangan import telah naik mendadak mengakibatkan harga barang keperluan asas di dalam pasaran melambung tinggi.
  • Kadar inflasi yang melonjak dalam negara telah menyebabkan kuasa beli Ringgit Malaysia jatuh teruk.
  • Sekiranya kita memiliki wang simpanan RM10,000 ketika itu, kuasa beli duit telah berubah menjadi separuh nilai dalam sekelip mata walaupun angka pada RM10,000 masih kekal sama.
  • Antara kesan lain akibat dari kegawatan ekonomi itu ialah kos untuk bercuti ke luar negara bertambah berlipat kali ganda.
  • Malah bermula tahun 1998 dan beberapa tahun berikutnya, kerajaan telah memutuskan untuk menghentikan penajaan pelajar ke luar negara kerana kos yang meningkat secara mendadak.
Prestasi matawang Ringgit Malaysia sebelum dan selepas Krisis Kewangan 1997-98

RISIKO MATAWANG KERTAS (#1)

NILAI DUIT DITENTUKAN OLEH KERAJAAN

  • Di atas setiap wang kertas Ringgit Malaysia ada tertulis perkataan ‘WANG KERTAS INI SAH DIPERLAKUKAN DENGAN NILAI’.
  • Ini merupakan jaminan oleh kerajaan Malaysia yang memaksa sesuatu nilai tersimpan di dalam setiap helaian kertas tersebut.
  • Kertas itu sendiri tiada nilai intrinsik (nilai semulajadi) yang terkandung di dalamnya, tetapi menjadi berharga apabila kerajaan meletakkan nilai ke atasnya.
  • Jika kerajaan mengisytihar untuk menghentikan penggunaan maka nilainya akan lupus, seperti yang berlaku ke atas duit syiling satu ringgit dan beberapa not kertas lain suatu ketika dahulu.
  • Jaminan kerajaan juga bergantung langsung kepada kestabilan politik dan ekonomi negara dan sekiranya berlaku gangguan terhadap keduanya, jaminan boleh musnah dan nilai wang kertas itu boleh lupus, seperti yang berlaku di negara-negara Timur Tengah yang bergolak mengakibatkan nilai matawang negara hilang begitu sahaja.
  • Beberapa pra-syarat lain bagi mengesahkan jaminan kerajaan merangkumi penggunaan hanya sah laku di dalam negara sahaja, kondisi kertas yang tidak rosak, diconteng atau koyak dimakan anai-anai.
  • Walaupun wang kertas itu kita miliki, hakikatnya kekayaan sebenar bukan berada di tangan kita seratus peratus.
Syiling satu ringgit dan beberapa not kertas yang telah ditamatkan penggunaan

EMAS SEBAGAI ‘WEALTH PROTECTION’

  • Sejak pencabulan ke atas Perjanjian Bretton Woods pada tahun 1971, Amerika ghairah mempromosikan duit kertas mereka sebagai matawang dunia.
  • Di satu sisi, Amerika memperlihatkan kepada dunia bagaimana mereka menidakkan kebenaran emas sebagai matawang sebenar, tetapi di sisi lain Amerika menjadikan emas sebagai aset rizab terbesar negara.
  • Malah satu muslihat yang tidak diketahui ramai iaitu Amerika sebenarnya merupakan pemilik emas terbesar dunia di saat ini.
  • Begitu juga dengan negara-negara kuasa besar dunia seperti Jerman, Itali, Perancis, Rusia, China, Jepun dan lain-lain negara yang menyimpan emas sebagai aset rizab rasmi negara mereka.
  • Lebih menyedihkan apabila tidak banyak negara-negara Islam tergolong di dalam pemilik emas terbesar dunia sedangkan emas merupakan matawang utama di zaman tamadun Islam dahulu.
  • Mengapakah para pencatur ekonomi dunia ini menjadikan emas sebagai aset rizab terbesar negara, sebaliknya negara-negara kecil seperti Malaysia menjadikan matawang asing seperti US Dolar sebagai aset pilihan?
  • Fakta utama ialah mereka memahami bahawa matawang kertas adalah terbitan manusia yang sangat rapuh dan tidak kekal sifatnya kerana nilainya sentiasa berubah-ubah dan bergantung sepenuhnya kepada kekukuhan ekonomi semasa.
  • Sekiranya berlaku ketidakstabilan ekonomi dunia, negara-negara kecil yang bersandarkan US Dolar sebagai aset akan berdepan dengan ancaman krisis ekonomi.
  • Sedangkan negara-negara kuasa besar yang menyimpan emas sebagai rizab tidak akan terkesan kerana emas adalah matawang sebenar yang menyimpan nilai dan berfungsi sebagai ‘Wealth Protection’ ataupun Pelindung Kekayaan.

Matawang Kertas Penipuan Dunia

  • Dalam sejarah matawang fiat dunia, sesebuah negara yang mencetak wang secara berleluasa akan berakhir dengan bencana keruntuhan sistem matawang seperti yang berlaku di zaman kerajaan Greek dan Rom.
  • Di negara kita juga pernah berlaku ketika zaman pendudukan Jepun di tanah Melayu di mana duit ‘pokok pisang’ dicetak berlebihan hingga berlaku hiperinflasi mengakibatkan kuasa beli duit jatuh teruk dan akhirnya tidak bernilai setelah Jepun menyerah kalah.
  • Sebaliknya, krisis matawang tidak berlaku ke atas Amerika walaupun US Dolar bebas dicetak sesuka hati tanpa bersandarkan emas sejak 1971.
  • Amerika memanipulasi lambakan duit yang dicetak tanpa kawalan dengan menjadikan US Dolar sebagai matawang dagangan antarabangsa.
  • Tindakan bijak Amerika mempromosi US Dolar sebagai medium transaksi antarabangsa membolehkan mereka menukar kertas US Dolar yang pada asalnya tidak bernilai (kerana dicetak tanpa bersandarkan aset fizikal) dengan kekayaan negara-negara lain.
  • Lebih menyedihkan apabila matawang negara-negara kecil di dunia termasuk Malaysia adalah terbitan US Dolar kerana aset rizab antarabangsa rasmi negara disimpan dalam matawang US Dolar.
  • Jika berlaku ketidakstabilan ekonomi dunia yang mengakibatkan matawang US Dolar runtuh, negara-negara kecil yang menjadikan US Dolar sebagai rizab terbesar negara seperti Malaysia akan terkesan dan aset negara yang diharapkan untuk memberi perlindungan akan terancam.
  • Dengan ancaman bencana kewangan yang berpotensi untuk berlaku, adakah selamat untuk terus membiarkan aset kita bersandarkan matawang kertas?
Kuasa beli US Dolar semakin merosot sepanjang tahun akibat lambakan duit yang dicetak tanpa kawalan

Emas Matawang Sebenar

  • Pada tahun 1944, satu sistem kewangan antarabangsa telah diperkenalkan melalui Perjanjian Bretton Woods di antara negara-negara dunia.
  • Di antara isi perjanjian ini ialah :
    • US Dolar telah dipersetujui untuk dijadikan matawang antarabangsa.
    • Emas seberat satu troy oz (bersamaan 31.1 gram) akan disandarkan bagi setiap 35 US Dolar yang dicetak.
  • Ketika itu, di atas setiap wang kertas US Dolar ada tertulis “REDEEMABLE IN GOLD ON DEMAND…”, yang bermaksud wang kertas boleh di bawa ke bank untuk ditukarkan kepada emas sekiranya perlu.
  • Wang kertas hanya bertindak sebagai baucar bagi mewakili EMAS YANG MERUPAKAN MATAWANG SEBENAR.
  • Tetapi pada tahun 1971, akibat tekanan ekonomi yang memuncak rentetan dari perang yang berpanjangan antara Amerika dan Vietnam (1956 – 1975), Presiden Amerika ketika itu Richard Nixon bertindak memanipulasi sistem kewangan yang dipersetujui pada Perjanjian Bretton Woods.
  • Bagi memulihkan ekonomi ketika itu, jalan pintas yang diambil ialah melanggar isi perjanjian dengan memutuskan hubungan antara US Dolar dan emas.
  • Sejak itu, US Dolar menjadi ‘wang fiat’ iaitu duit yang dikeluarkan tanpa bersandarkan kepada sebarang aset fizikal dan bebas dicetak tanpa kawalan.
  • Inilah penipuan terbesar dalam sejarah manusia menurut pakar Michael Malaney yang membolehkan Amerika menjadi kaya dan berkuasa hingga ke hari ini.

Sawan Jutawan

Siapa yang pernah datang rumah aku mesti tahu gambar ni kat mana. Bila aku terlampau penat dan perlukan masa untuk aku turunkan darah dan stabilkan segala jenis hormon dalam badan, di sinilah aku ‘bertapa’. Satu-satunya tempat dalam rumah Jepun ni yang pintu dia boleh kunci selain dari pintu rumah. Itu pun boleh buka dari luar pakai syiling.

“Mommy! Pensil Eiyan stuck dalam sharpenerrr!”
“Mommmmyyyy! Sorry! Eiwan tertumpahkan susu!”
“Mommyyyy! Leia pick her nose!”
“Mommyyyy! Abang Eiwan cakap Leia schnitzel!”

Itu belum lagi yang selitkan nota bawah pintu kalau aku buat-buat tak dengar.

Oh yesss.

Jangan salah faham. Anak-anak aku semua manusia biasa, bukan malaikat yang sempurna. Ada hari yang anak-anak semua elok senonoh comel je perangai yang buatkan aku tanya pada diri, “What did I do to deserve them?”. Dan ada juga hari yang anak-anak terbalikkan rumah, bergaduh, menjerit yang buatkan aku tanya juga, “What did I do to deserve them?”

Heh heh.

Ditambah dengan segala tekanan dan cabaran duduk di tempat orang ni, jauh dari keluarga dan sahabat, memang akan ada hari yang aku rasa nak menangis, penat, nak join sekali mengamuk guling-guling kat lantai dengan anak-anak. Dan aku tahu bukan aku seorang sahaja yang melalui semua ini. Ramai sebenarnya yang sedang melalui fasa ini tapi terpaksa pendamkan kerana risau dijatuhkan ‘hukuman’.

Aku lain.
Memang spesis lantak buat vodo.

Waktu macam inilah kewujudan suami itu amat diperlukan. Hari ni hari dating aku dan Ezzy. Dalam 1 – 2 bulan sekali Ezzy akan ambil cuti ‘khas’. Cuti ini adalah untuk menemankan sang isteri menstabilkan emosi dan mendapatkan semula kewarasan yang dah bertempiaran.

Jadi buat apa sepanjang hari cuti ni?

Tak buat apa pun. Pagi hantar anak sekolah, lepas tu pergi breakfast dengan aman, selesaikan segala urusan tertangguh dan beli barang-barang aku yang kalau bawa anak-anak boleh terbalik kedai tu dibuatnya.

Sejak kebelakangan ni, makin kerap kita dengar cerita tentang ibu-ibu yang mengalami tekanan perasaan (depression) terutama di kalangan surirumah. Aku tak kata para ibu yang bekerja tak ada tekanan. Masing-masing ada cabaran yang tersendiri. Cuma disebabkan aku dah 10 tahun jadi surirumah maka aku lebih faham apa yang mereka rasa. Bagi surirumah yang dah biasa bekerja akan lebih terasa ‘sakitnya’. Dunia akan bertukar. Aku rasa tak perlu aku ulas pasal ni. Nanti jadi isu perdebatan siapa yang lebih penat dan tertekan.

Malas.

Para suami, jangan ambil ringan stress seorang isteri. Dah banyak kes kita dengar, tengok muka senyum elok je masak kat dapur la la land, tapi tiba-tiba snap hilang kawalan dan membawa kepada kes yang serius. Bila ada kes surirumah yang mengalami tekanan perasaan, yang sampai membawa kepada kehilangan nyawa diri dan anak-anak, aku paling sedih baca komen ‘pakar’. Komen yang bukan setakat tak membantu tapi membuatkan aku rasa nak jadi serigala kekoh orang. Antara komen yang buatkan aku tersentap baca dan aku akan ingat sampai bila-bila,

“Tak ingat Tuhan ke?”
“Inilah masalahnya kalau tak ada iman.”
“Apa yang stressnya duduk rumah jaga anak je pun.”

Dan komen-komen ini malangnya datang dari lelaki. Mereka yang Allah SWT tak beri peluang untuk merasa tunggang langgangnya hormon dalam badan selepas 9 bulan membawa nyawa dan bermatian mengeluarkan penyambung umat. Begitu tenang mereka lemparkan hukuman. Selalunya kalau aku terbaca komen macam ni, Ezzy lah jadi mangsa wakil kaum lelaki. Tak dapat bebel suami orang, telinga Ezzy aku tadahkan. Lebih cannot brain bila ada pulak komen-komen yang datang dari kaum wanita sendiri.

“Tak payahlah nak ‘me time’ sangat, kejap je anak-anak dah besar. Hargai jelah masa dengan mereka.”
“Zaman dulu tak ada pun nak mengada macam ni. Dah memang itu anak kita, jaga jelah.”

Kefendekan apakah ini?

Jangan macam itu genggg.

Zaman dulu lain, zaman sekarang lain. Kesusahan dan cabaran yang berbeza. Zaman dulu, masyarakat tak terlalu mudah menghukum. Sekarang ramai yang holier-than-thou. Salah sikit, berbakul kena ceramah. Zaman dulu, tak ada sosial media yang terlalu senang untuk kita lihat ‘kayu pengukur’ kehebatan ibu-ibu lain di luar sana menguruskan keluarga dan membesarkan anak-anak. Zaman sekarang, kalau kita beriya semangat masak bihun goreng untuk bekal anak kita, baru nak rasa bangga dengan diri sendiri, buka Facebook, kawan kita buat nasi muka Doraemon tengah makan lamb chop untuk bekal anak dia. Semuanya menjadi paparan. Maka mulalah timbul unnecessary pressure. Tapi itulah hakikat yang para ibu perlu hadap zaman sekarang. Segala cerita isi rumah sebelah kita boleh tahu. Kebahagiaan, kehebatan, kemithalian, sama ada ianya cerita benar atau rekaan dijadikan tayangan yang mudah untuk kita bandingkan dengan diri kita sendiri.

“Habis tuuuu, janganlah bandingkan.”

Tolong sesiapa cekup mulut aku.
Takut terkeluar segala alam carutan.

Nama pun manusia, bukannya robot dan bukannya duduk dalam gua. Tak semudah itu untuk kita sekat semua. Kita akan terlihat, kita akan terdengar dan kita akan terasa. Ketahanan manusia lain-lain. Allah SWT jadikan setiap makhluknya unik luaran dan dalaman.

Itu belum lagi masuk dengan segala ‘manual’ itu tak boleh, ini jangan, dari setiap sudut bucu dunia pakar psikologi yang tak bertauliah.

“Jangan marah anak, nanti anak terganggu perkembangan otak tak boleh jadi angkasawan.”
“Jangan cuit anak, nanti anak kurang keyakinan diri tak boleh jadi jutawan.”

Aku yang boleh jadi sawan.

Anak terlepas cakap dengan jiran mak baru lepas bagi makan Maggi, esok pagi dah ada bakal ‘Tokoh Maal Hijrah’ hantar 15 artikel kat group whatsapp kejiranan pasal makan Maggi boleh menyebabkan kanser. Tambah lagi stress. Tak boleh nak tolong ringankan beban, jangan tambahkan masalah.

Jadi, apa nak buat?

Iqra.

Baca.

Luangkan masa baca tentang depression ini. Depression atau dalam bahasa Melayunya depresi, bukan satu bahan jenaka atau perkara yang dibuat-buat. Ketidakseimbangan hormon serotonin, genetik (keturunan), kehilangan mereka yang disayangi, memori peristiwa pahit dan beberapa lagi faktor yang boleh menjadi punca depresi ini. Kalau postpartum depression lagi jangan buat main. Kemurungan selepas bersalin ni bukan sesuatu yang kita patut perlekehkan. Dia punya rasa tunggang langgang nak melalak meraung tu kalau tak dikawal boleh mengakibatkan perkara yang menakutkan. Semua ini ada kaitan dengan pertukaran hormon dalam badan sewaktu mengandung dan selepas bersalin. Aku pernah belajar pasal ni tapi bukan pakar. Tak naklah cerita lebih-lebih nanti kena tembak.

Carilah jalan penyelesaian mengikut pengedaran zaman. Cari jalan yang terbaik. Masyarakat berhentilah menjadi Tuhan yang menghukum. Jadilah manusia yang penuh rasa simpati sesama kita. Jika tiada apa yang kita mampu bantu untuk selesaikan masalah, berdiam sahajalah. Cukup untuk kita sampaikan doa yang terbaik dan jangan lupa doakan sekali supaya tiada di antara ahli keluarga kita terpaksa melalui dugaan seperti ini.

Kepada ahli keluarga yang terdekat, berikan sokongan sepenuhnya dan ruang untuk para ibu terutamanya surirumah ini untuk mendapatkan semula kewarasan mereka. Sekali-sekala bagi mereka dapatkan balik identiti diri mereka yang hilang. Mereka perlu rasa diri mereka berharga.

Para suami boleh mulakan dengan bawa isteri pergi bercuti berdua atau paling mudah berikan cuti satu hari untuk kaum ibu ni pergi beli barang sendiri, makan dengan kawan-kawan lama dengan tenang tanpa kejadian kek terlangkup. Bukan bermakna bila keluar sekejap sehari tu si isteri nak lari terus, tak sayang anak dan sebagainya. Dia hanya perlukan masa untuk rehatkan minda dan emosi. Balik nanti mereka oklah tu.

Tak susah pun.

Macam Encik Ezzy ni lah.

Masa anak-anak masih kecik, aku dapat keluar seorang pergi pasar pun dah cukup bahagia. Lepas tu Ezzy suruh aku keluar sendiri jauh sikit, dia jaga anak-anak kat rumah. Tapi aku pulak ada masalah terpinga-pinga dengan orang Jepun ni. Kejap je bertahan sebab aku penat jadi ayam itik. Maka dia carikan penyelesaian baru, dia ambik cuti satu hari. Temankan aku merayau.

Allah, sekali sekala kenalah puji suami sendiri. Dia pun pandai stress. Kena jaga hati dia jugak. Ni nanti ada pulak yang cakap Ezzy takut bini.

Ezzy bukan takut bini,
bini tak takut dia.

Hish takutlah.

Bak kata Eizwan, Daddy ni macam ice dragon. Nampak senyap tapi sekali dia sembur, keluar air batu.

Sakit wooo.

 

Kemas Jepun

Macam aku pernah cerita suatu masa dahulu, nak buang sampah di sini bukan boleh main buang macam tu je. Setiap satu rumah City Hall akan hantar satu pamplet jadual untuk kita tengok hari apa untuk buang sampah yang boleh dibakar, plastik, botol kaca, tin dan sebagainya. Dan dalam tu juga ada panduan untuk kategori pembahagian sampah mengikut warna plastik. Baca kat sini jelah. Panjang sangat aku nak cerita balik.

Klik ikon Facebook kat bucu atas kanan tu untuk baca penuh.

Sooooo,

masa cuti panjang tu kan kitorang kerjakan rumah (o-souji), maka boleh tahan berlambak jugaklah barang yang dibuang. Baju-baju memang aku selalu tapis sepanjang tahun. Aku memang selalu sediakan satu kotak kosong untuk letak baju nak bagi orang dan ada satu plastik beg untuk baju-baju yang nak dibuang. Bila ambik mana-mana baju nak pakai tu dan terasa baju tu dah patut menuju ke alam barzakh, terus asingkan masuk dalam kotak ni atau plastik. Tapis terus sikit-sikit sambil lalu macam ni lebih senang dari nak buat 5 tahun sekali.

Tetapi.

Aku dan Ezzy ada masalah nak tapis barang permainan anak-anak. Nak muntah aku mengadap berbungkus-bungkus plastik yang perlu ditapis. Orang selalu nampak aku yang sentimental tapi sebenarnya kan, Ezzy pun boleh tahan. Bila aku dah lalu segala proses menapis perasaan spark joy, dan dah tutup mata sumbat dalam plastik nak buang, tiba-tiba akan ada suara kat belakang,

“Nak buang ke tu By? Tak sayang ke? Itu kan Eizwan punya 1st toy masa dia mula-mula datang sini.”

Kutippp balik.

Aku ni dahlah Allah kurniakan emosi yang tersangatlah penuh, cuit sikit memang bersepai. Makanya, makin tahun makin bertambahlah permainan anak-anak yang perlu ditapis. Tapi tahun ni aku tekad. Duduk bersilalah lima beranak tapis satu-satu.

1. Yang masih boleh dimain, diasingkan untuk bagi orang

2. Yang gedabak sangat tapi masih elok kitorang jual kat kedai barang terpakai Hard off

3. Yang dah rosak, tutup mata dan buang

Buang! Buang!

Barang-barang permainan kalau nak buang kat sini tak boleh main buang macam tu je. Kena masukkan dalam plastik oren dan hanya boleh dibuang 2 minggu sekali mengikut hari yang ditetapkan.

Ku sangkakan panas hingga ke petang.
Rupanya sampah aku tak nak diangkat.

Aku ingat lepas dah letak dalam tong besar tu selamat. Esoknya aku tengok dari 6 plastik yang aku buang, 2 tak diangkat dan ditampal memo kuning macam dalam gambar kat barang belakang tu. Memo tu maknanya sampah kita tak mengikut piawaian yang ditetapkan. Ada barang yang tak sepatutnya buang pakai plastik oren.

Angkutttttt balik.

Hari Sabtu bawa pergi recycle center dan buang kat situ. Kat sini kita buang sampah, kita yang bayar, bukan kita dibayar. Untuk 2 plastik tu kitorang kena ¥750 (RM28.00).

Salute betul aku dengan kegigihan orang Jepun ni mengikut segala peraturan yang ditetapkan. Suruh bayar untuk buang barang, sanggup datang jauh-jauh ke center ni buang dan bayar. Kalau kat negara ‘lain’ sofa tu dah terbang dari atas tingkat 8.

Aku tak cakap Malaysia.
Aku cakap negara ‘lain’.

Jangan makan cili.

Malaysia dah okkk, kan?

Rampung ngising

Sebelum cuti musim sejuk hari tu, Eizwan ada bagitau kawan-kawan dia suruh dia masuk storytelling competition kat sekolah. Aku difahamkan pertandingan ni untuk murid-murid dari grade 3 sampai 6. Setiap kelas akan hantar 3 – 4 orang wakil dan mereka akan bercerita depan cikgu-cikgu yang dilantik menjadi juri. Out of entah berapa tah, 10 of them will be selected and in the final round, they will tell their story in front of the whole school and parents. Eizwan pilih cerita ‘Ali Baba and The Forty Thieves’.

Lepas tu cuti panjang.

Maka ibu bapa dua orang ni pun terlupalah diri. Sibuk kemas sana sini, buang itu ini, langsung hilang ingatan. Dua hari sebelum pertandingan tu baru teringat. Aku dan Ezzy memang terror part buat kerja last minute ni. Menggelupur is Ezzy’s middle name.

Muahaha.

Untuk mendapatkan sumber inspirasi, kitorang carilah movie yang Eizwan boleh tengok dan faham siapa sebenarnya Ali Baba ni. Maka Ali Baba yang kitorang tahu ada satu je.

Keh keh.

Janji settle.

Walaupun penat aku nak kena translatekan apa benda yang P. Ramlee karutkan dalam cerita tu but surprisingly they enjoyed the movie so much. Seminggu jugaklah satu rumah bergema dengan acara sahut menyahut tutup pintu gua,

“Rampung ngising semar tilem!”

Dan aku baru tahu apa maksud benda alah tu. Tak nak cakap. Pergi Google sendiri. 38 tahun kena tipu. Bertuah punya P. Ramlee.

Abaikan frame gambar yang huru hara kat belakang tu. Penat dah aku betulkan lapan juta kali. Bila segala jenis gempa datang, senget balik. Ehhhhh jangan tak tau. Rumah ni ada banyak jenis gempa. Gempa bumi, gempa hentak kaki, gempa gusti, gempa anak jiran sebelah langgar dinding, gempa pekikan naga.

Eh korang kan ada OCD.
Aku mana ada.

Back to the storyyy, berbekalkan lawak P. Ramlee, Eizwan pun pergilah membawa diri menjadi penglipur lara mereka yang sudi.

Dannnnn,

jeng jeng jenggg.

Anak Tipah masuk sokkabar!

Tipu.

Sekolah punya flyers je tu. Jangan tanya apa dia tulis. Alhamdulillah hasil dari berrampung ngising, Eizwan dapat masuk peringkat akhir 16 Februari ni. Dia seorang je wakil untuk grade 4. Yang lain semua kakak dan abang.

Tak mengapa.

Aku cakap dengan dia, janji kita buat yang terbaik. Menang kalah belakang cerita. Janji kali ni kita jangan practice last minute lagi.

Yeah righttt.

Doakan budak bertuah ni ya? Doakan aku sekali. Anak nak bercerita, aku yang rasa nak masuk gua.

Kasut Seni

Selalunya orang kata Allah SWT akan jumpakan kita dengan pasangan yang sama tapi berbeza. Maknanya kita suka dia mula-mula sebab ada banyak persamaan dia dengan Keanu Reeves, lepas tu baru discover ada banyak yang tak sama.

Ehhhhh.

Maknanya mungkin masa kita jumpa dia awal dulu kita boleh ‘sangkut’ sebab ada banyak benda yang sama dengan kita, tapi lepas kahwin kita jumpa banyak perbezaan dia dengan kita yang sebenarnya Allah SWT wujudkan untuk menjadi pelengkap kekurangan diri kita.

Itu yang sepatutnyalah kannnn?

Aku dan Ezzy outlier sikit.

Aku ni sentimental psycho dan masalahnya Ezzy pun ada sikit persamaan. Aku rasa kalau perangai dia opposite, makin lama psycho aku part mengemas dan suka organize ni akan perlahan-lahan hilang sebab tak kuasa dah kalau kau kena hidup dengan kaki sepah. Kalau dia jenis yang tak ada perasaan, mesti dia malas nak layan aku bila aku nak simpan segala jenis kasut, baju, hasil seni yang anak-anak hasilkan. Maka senang sikitlah nak buang barang-barang. Tetapi, bila dua-dua sama naik, dan kadang-kala Ezzy lagi teruk dari aku, memang berkotak jadinya barang-barang ‘first‘ anak-anak yang disimpan.

“Awwwww, ni Eizwan punya first kasut.”
“Eeeeeeee, ni Eiryan punya paper masa dia first time pergi school trip.”
“Alahai ni baju Leia yang first dia pakai masa keluar dari hospital.”

And the list goes on.

Semua barang ada sentimental value yang tersendiri pada kami berdua. Setiap barang ada ‘cerita’. Aku pernah bagitaukan yang aku susah nak beli barang? Setiap kali nak beli satu-satu barang aku akan ambik masa fikir betul-betul. Bukan main rembat. Jadi bila sampai waktu nak buang, memang bukan satu proses yang senang. Memang ini cabaran bagi aku dan Ezzy. Tapi lama-lama kitorang surrender. Kalau nak simpan semua baju, kasut anak-anak dari keluar perut sampai dia keluarkan anak sendiri jawabnya kitorang kena pindah duduk dalam kilang.

Jadi apa nak buat?

Aku belek setiap satu kasut, pilih yang betul-betul aku nak simpan. Yang lain, yang aku masih rasa sayang nak buang tapi macam tak tau apa kesan dia 20 tahun akan datang, aku ambik gambar. Lepas dah nangis setempayan, baru aku buang.

Over.

Yang mana masih elok, aku basuh dan bagi pada orang.

Untuk hasil-hasil seni anak-anak lagi pedih hati. Tapi bila difikirkan balik, bila aku dah besar ni, kalau Mak aku keluarkan balik hasil seni masa aku kecik dulu, dengan benda tu dah buruk dan warna pun dah kelam, aku pun buang kot. Cukup bagi aku kalau ada gambar-gambar waktu hasil seni aku tu masih cantik dan lagi best kalau ada gambar atau video muka aku tengah proudly showing off my work. Itu lebih berharga berbanding dengan barang itu sendiri yang mungkin dah jauh dari rupa asal pun.

Jadi untuk barang-barang seni, selain dari aku pastikan aku ambik gambar anak-anak menyeringai bangga sebelah hasil kerja mereka yang dipamerkan kat sekolah, aku buat macam kat atas tu. Beli satu board putih besar, letak hasil seni atas tu dan ambik gambar. Konon nampaklah macam kat studio.

Konon.

Lepas tu gambar-gambar ni aku simpan dalam hard disc. Pastikan terus transfer ehhhhh. Jangan buat pekasam dalam phone pulak. Aku asingkan folders ni ikut tahun anak-anak hasilkan kerja-kerja ni. Contoh, di bawah folder nama Eizwan, aku pecahkan macam dalam gambar ni.

Youchien tu tadika, shougakkou tu sekolah rendah. Asingkan ikut tahun, Tadika 4 tahun, Tadika 5 tahun, Sekolah Rendah Darjah 1, 2, 3 dan seterusnya. Dah simpan macam ni jangan lupa satu lagi benda. Benda paling penting.

Back up.

Nanti penat je ambik gambar semua ni, sekali hard disc jahanam. Hilang semua memang meraunglah. Kalau ada hasil seni yang kau terasa kalau simpan ni boleh jual atau letak kat muzium bila anak kau jadi Claude Monet, simpanlah dalam kotak-kotak macam kat bawah ni. Setiap seorang anak ada satu kotak. Dan isi dalam diasingkan mengikut tahun sekolah dengan kotak-kotak kecik yang kitorang beli kat Daiso.

Aku beli kotak Samla ni dari IKEA dan asingkan barang-barang ikut kategori. Kotak-kotak ni memang favorite aku dari zaman sebelum kahwin. Disebabkan harganya boleh tahan mencekik, aku beli sikit-sikit. Tapi boleh je beli apa jenis kotak pun. Kat TESCO atau Giant banyak je jual macam ni. Cuma aku ni ada masalah dengan yang ada warna-warna. Aku suka plain tanpa ada sebarang warna atau corak. Pada mata aku bila disusun akan nampak lebih kemas.

Itu mata aku.
Mata kau, ikut kaulah kan.

Cuma, cuba cari kotak yang transparent supaya senang untuk kita lihat isi hatinya dan pastikan jenis kotak yang sama untuk semua. Percayalah, ada banyak beza kalau kau simpan dalam sejenis kotak yang sama dengan kau main bedal campur segala jenis kotak macam-macam corak dan warna.

Huish huru hara.

Gambar kat atas tu adalah kotak barang-barang yang kitorang tinggalkan kat Malaysia sebelum pindah ke sini. Abaikanlah susunan dalam kotak-kotak tu. Waktu tu main sumbat je sebab nak cepat simpan. Mana sibuk nak melalak kena berpisah dengan suami dan anak lagi. Tapi semua diasingkan ikut kategori ehhhh. Lepas tu kitorang angkut simpan kat dalam stor di Glenmarie, Lock n Store nama tempat tu.

Marie Kondo tengok ni nangis.

Entah. Aku ada cara aku sendiri. Ada cara Marie Kondo yang aku suka, aku ambik sikit. Ada cara minimalist yang aku berkenan, aku ikut. Bagi aku tak ada cara yang betul-betul tepat dan tak ada cara yang salah untuk kita kemas dan susun rumah kita sendiri. Kita sendiri kena tahu apa yang terbaik untuk rumah kita. Aku suka simpan barang-barang, tapi sebelum simpan aku tapis betul-betul. Lepas tu bila dah finalize, aku simpan dalam kotak-kotak ni. Janji cara kita simpan tu kemas dan sedap mata memandang.

Dan takkkkkkkkk seharusnya aku.

Ok takde kena mengena.

Que Sera Sera

Hidup sementara,
Sama-sama kita redah,
Que sera sera.

Bahagia bukan pada dia,
Jaga diri, sayang kita dengan Pencipta.

Takdir Tuhan,
Kau percaya,
Pusing merata pun tak ke mana,
Persetankan oohh yang berbeda,
Asalkan kau kuat melawan yang datang segala.

Layla Sania : Tune Zikri : Zazaez

Completed 300818
Released 120119